Mungkin ada kemunculan blok parti politik baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.
Ia susulan spekulasi tiga parti, iaitu parti Warisan Sabah, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Pejuang Tanah Air akan bergabung bagi membentuk satu pakatan politik baharu.
Ura-ura ini diperkuatkan lagi dengan perancangan warisan untuk melebarkan sayapnya ke semenanjung Malaysia.